Posts

IMPIANKU

Image
Alhamdulillah...aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada ku pada masa dulu atau yang terkini,Nikmat yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit..kesihatan yang baik..keluarga yang bahagia.Ibubapa yang sentiasa menyokong perjuanganku.Tiada lagi apa yang ku pinta..hanya pada Mu Ya Allah..Jagalah diriku..keluargaku..tegurlah hamba Mu ini sekiranya tersimpang jauh dari landasan sebagai seorang Islam...Terima kasih Ya Allah...

CITA – CITA KU

Image
Masih segar dalam ingatan aku.Seawal darjah 6,ketika menuntut di Sekolah Rendah Methodist Nibong Tebal.Cita – cita pertama aku adalah untuk menjadi juruterbang MAS.Cita – cita aku tu kekal sehingga hujung tahun 1990.Tahun 1991 aku memasuki alam sekolah menengah.Aku menuntut di Sekolah Menengah Methodist Nibong Tebal.Sekolah rendah dan menengah ini hanya bersebelahan antara satu sama lain.Aku di tempatkan di aliran sastera.Jadi ini telah membantutkan cita – cita ku untuk menjadi seorang juruterbang.Untuk menjadi seorang juruterbang aku kena memasuki aliran sains,Tapi aku tak layak.Mungkin disebabkan keputusan UPSR aku di sekolah rendah kurang memberangsangkan.Setelah itu aku menukar cita – cita ku dari juruterbang ke pramugara MAS.Cita – cita ini kekal sehingga aku habis sekolah menengah.Aku bekerja sementara di Supermarket Yawata Nibong Tebal selepas habis sekolah menengah.Pertengahan tahun 1996,aku dapat temuduga sebagai pramugara MAS di Hotel Bayview Pulau Pinang.Aku lulus semua ujia...

MOTORSIKAL IMPIANKU

Image
Dari segi kenderaan beroda dua ni,aku meminati jenama DUCATI.Dari sekolah menengah aku dah minat dengan jenama Ducati ni.Reka bentuk dan kelajuan yang ada pada jenama Ducati ini menyebabkan aku telah ‘diperdaya’ untuk membeli Ducati Monster.Aku beli motor ni tahun 2012.Tapi aku tunggang motor ni hujung – hujung minggu saja,bila ada kelapangan.Kalau ke tempat kerja aku tunggang motor kapchai aku Yamaha LC 135.Senang nak menyelit…KL ni kan selalu sesak.Alhamdulillah..dari sekolah dah pasang impian nak ada sebuah motor ‘superbike’ ni.Akhirnya Allah izinkan jua aku memilikinya,Terima kasih Allah.Tapi biasa lah bila dah ada motor berkuasa besar ni..belanja nya pun besar.Macam nak sara isteri no 2…hihihi.Tapi betul la apa yang aku cakap..dari kita ni gila perempuan,baik gila motor..tak gitu?Gambar bawah ni gambar motor Yamaha LC aku..masa tengah servis.Biasa la motor ‘second hand’…

HOBI KU

Image
Zaman 80 an dulu macam – macam hobi ada.Ada yang suka kumpul setem,bela ikan laga,kumpul basikal BMX dan macam – macam lagi lah.Tapi aku zaman tu memang takda hobi.Ikut jer kawan – kawan.Janji seronok.Mana fikir masalah.Tapi zaman milinium ni aku ada hobi.Hobi kumpul topi ‘snapbag’.Ada yang aku beli di pasar malam,ada yang aku beli di shopping complex.Kadang – kadang gila aku sampai.Aku sanggup order on line dari luar negeri.Harga aku beli dalam RM50 – RM300.Bergantung pada ‘kecantikan’ topi ‘snapbag’ tersebut.Kiranya kalau aku keluar ngan family pergi mana – mana,wajib lah ‘snapbag’ ni ada ngan aku.Sampai anak aku yang sulung pun dah terikut – ikut hobi aku.Takpa lah..sekurang – kurangnya nampak benda yang kita beli,Dari duit tu tak tentu hala habisnya.Betul tak?Selain topi,aku juga peminat tegar jam tangan.Tak kisah jam apa..kalau berkemampuan pada masa tu,aku beli terus.Sampai terpaksa aku beli almari lah untuk simpan koleksi – koleksi topi dan jam tangan ni.Alhamdulillah….Terima ka...

KERETA IMPIANKU

Image
Sekarang aku ni seorang yang gila kenderaan berjenama BMW.Tak kira lah BMW apa..janji jenama BMW.Sekarang ni aku tengah ‘sawan’ BMW E60 dan E90.Nampak gempak jer atas jalan raya.Tambah – tambah bila dah di ubah suai.Kena pula ‘spot rim’ 20 inci..alahai boleh meleleh air mata.Tapi bila kita nak sesuatu barang ni kena usaha la kan? Insyallah dalam masa terdekat ni akan ku belikan BMW ni.Isteri aku pun tak boleh nak cakap apa.Ya lah..dari gila perempuan baik kita gila kereta kan?Jangan marah kawan – kawan..Aku jangkakan insyallah penghujung tahun akan aku dapat miliki BMW E60.Sekarang ni kenderaan yang aku miliki Proton Ezora Bold dan Hyundai Elantra.

RUMAH IMPIANKU

Image
Kini aku dan keluarga mendiami kediaman rumah 2 tingkat di Taman Melawati.Rumah ini telah ku duduki sejak tahun 2009.Beli dari atas tangan orang..biasalah..banyak kos untuk baik pulih aku keluarkan.Tapi tak mengapa..pembelian untuk rumah di Taman Melawati ini untuk masa depan.Untuk keluarga aku juga.Dah menjadi kewajipan bagi kita sebagai ketua keluarga menyediakan kediaman yang selesa.Harga rumah di Taman Melawati ni melambung sebab di kawasan Taman Melawati ni dah buka ‘shopping complex’.Baru jer buka 26 Julai lalu.Nama ‘shopping complex’ tu Melawati Mall.Selain itu aku ada 2 buah rumah lagi di Taman Segar,Cheras dan di Sungai Besi.Kedua – dua buah rumah ini aku sewakan.Bukan apa..untuk pelaburan masa depan juga.Sebab kerja di bahagian perbankan ni bukan ada pencen.Jadi ini lah pelaburan aku untuk masa depan.Tapi sebenarnya impian aku adalah untuk memiliki rumah kampung moden yang mempunyai pandangan mengadap sawah padi.Di mana aku nak dapat?Dah pergi tinjau – tinjau di kawasan Kedah...

IBU BAPA KU

Image
Alhamdulillah…aku memiliki ibubapa yang amat memahami anak jantan sorang ni.kami 3 orang adik beradik.Dan aku anak lelaki tunggal dan yang sulung.Yang lagi 2 orang adik ku adalah perempuan.Ayah ku bernama Haji Abd. Karim Bin Ahamad.Berumur 70 tahun.Berasal dari Tanjong Tualang,Perak.Bekas pegawai polis di balai polis Jelutong,Pulau Pinang.Sekarang dia pesara sepenuh masa.Ibu ku bernama Hajah Zubaidah Binti Haji Mohd. Sidek.Berumur 60 tahun.Seorang surirumah sepenuh masa.Sekarang ni mak aku berniaga kecil – kecilan nasi campur di Pasar Awam Nibong Tebal.Adik perempuan aku yang pertama bernama Shidatul Narina.Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki,Kini dia menetap bersama ibubapa ku di Nibong Tebal.Adik perempuan yang kedua bernama Shidatul Nadia.Baru berkahwin tahun ini dan kini menetap di Taman Greenwood,Gombak.Bersyukur kerana Allah telah mengurniakan ibubapa yang terbaik pada diriku selama ini.