IBU BAPA KU
Alhamdulillah…aku memiliki ibubapa yang amat memahami anak jantan sorang ni.kami 3 orang adik beradik.Dan aku anak lelaki tunggal dan yang sulung.Yang lagi 2 orang adik ku adalah perempuan.Ayah ku bernama Haji Abd. Karim Bin Ahamad.Berumur 70 tahun.Berasal dari Tanjong Tualang,Perak.Bekas pegawai polis di balai polis Jelutong,Pulau Pinang.Sekarang dia pesara sepenuh masa.Ibu ku bernama Hajah Zubaidah Binti Haji Mohd. Sidek.Berumur 60 tahun.Seorang surirumah sepenuh masa.Sekarang ni mak aku berniaga kecil – kecilan nasi campur di Pasar Awam Nibong Tebal.Adik perempuan aku yang pertama bernama Shidatul Narina.Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki,Kini dia menetap bersama ibubapa ku di Nibong Tebal.Adik perempuan yang kedua bernama Shidatul Nadia.Baru berkahwin tahun ini dan kini menetap di Taman Greenwood,Gombak.Bersyukur kerana Allah telah mengurniakan ibubapa yang terbaik pada diriku selama ini.



Comments
Post a Comment