HOBI KU
Zaman 80 an dulu macam – macam hobi ada.Ada yang suka kumpul setem,bela ikan laga,kumpul basikal BMX dan macam – macam lagi lah.Tapi aku zaman tu memang takda hobi.Ikut jer kawan – kawan.Janji seronok.Mana fikir masalah.Tapi zaman milinium ni aku ada hobi.Hobi kumpul topi ‘snapbag’.Ada yang aku beli di pasar malam,ada yang aku beli di shopping complex.Kadang – kadang gila aku sampai.Aku sanggup order on line dari luar negeri.Harga aku beli dalam RM50 – RM300.Bergantung pada ‘kecantikan’ topi ‘snapbag’ tersebut.Kiranya kalau aku keluar ngan family pergi mana – mana,wajib lah ‘snapbag’ ni ada ngan aku.Sampai anak aku yang sulung pun dah terikut – ikut hobi aku.Takpa lah..sekurang – kurangnya nampak benda yang kita beli,Dari duit tu tak tentu hala habisnya.Betul tak?Selain topi,aku juga peminat tegar jam tangan.Tak kisah jam apa..kalau berkemampuan pada masa tu,aku beli terus.Sampai terpaksa aku beli almari lah untuk simpan koleksi – koleksi topi dan jam tangan ni.Alhamdulillah….Terima kasih Ya Allah kerana izin kan hamba mu yang hina ini untuk merasai ‘harta – harta’ mu di mana aku tidak pernah merasi zaman kanak – kanak dahulu.Terima kasih Ya Allah.




Comments
Post a Comment