RUMAH IMPIANKU
Kini aku dan keluarga mendiami kediaman rumah 2 tingkat di Taman Melawati.Rumah ini telah ku duduki sejak tahun 2009.Beli dari atas tangan orang..biasalah..banyak kos untuk baik pulih aku keluarkan.Tapi tak mengapa..pembelian untuk rumah di Taman Melawati ini untuk masa depan.Untuk keluarga aku juga.Dah menjadi kewajipan bagi kita sebagai ketua keluarga menyediakan kediaman yang selesa.Harga rumah di Taman Melawati ni melambung sebab di kawasan Taman Melawati ni dah buka ‘shopping complex’.Baru jer buka 26 Julai lalu.Nama ‘shopping complex’ tu Melawati Mall.Selain itu aku ada 2 buah rumah lagi di Taman Segar,Cheras dan di Sungai Besi.Kedua – dua buah rumah ini aku sewakan.Bukan apa..untuk pelaburan masa depan juga.Sebab kerja di bahagian perbankan ni bukan ada pencen.Jadi ini lah pelaburan aku untuk masa depan.Tapi sebenarnya impian aku adalah untuk memiliki rumah kampung moden yang mempunyai pandangan mengadap sawah padi.Di mana aku nak dapat?Dah pergi tinjau – tinjau di kawasan Kedah.Harga pun boleh tahan.Orang kampung pun sekarang dah pandai tengok harga tanah.Jadi sasaran aku adalah di sekitar kawasan Kuala Selangor.Insyallah aku dalam proses mengumpul duit untuk membeli tanah di kawasan Kuala Selangor.Doa – doakan aku berjaya ya…



Comments
Post a Comment